Search This Blog

Tuesday, 3 May 2011

WTH-Mesin Taip Untuk Bahasa Cina



Dua minggu lepas dunia dikejutkan dengan penutupan kilang mesin taip terakhir dunia milik Godrej & Boyce di India. Kilang tersebut terpaksa ditutup kerana mesin taip sudah digantikan dengan komputer di kebanyakkan pejabat. Kita semua sudah biasa melihat mesin tapi perkataan rumi tetapi berapa ramai diantara kamu pernah melihat mesin taip untuk bahasa Cina?

Dibawah ialah mesin taip untuk bahasa cina yang dihasilkan antara 1975-1980. Ianya mempunyai3 RIBU kekunci yang mampu menghasilkan hampir kesemua 30 000 huruf yang digunakan bahasa Cina!! FFFUUUU. Sedangkan pakai keyboard QWERTY pun aku TYPO, inikan pula keyboard macam ni. Tengok keys dia sahaja dah buat aku juling. Seorang penaip yang baik dikatakan mampu menghasilkan 20 patah perkataan seminit dengan menggunakan mesin taip ini. RESPECT gila lah kalau mampu menaip dengan laju. In a way rasa lucky kerana bahasa Melayu moden gunakan karakter roman. Kalau guna karakter cina mesti sakit otak nak hafal huruf!! HNGHHHHH!!

Laporan asal INGINEOUS

No comments:

Post a Comment