Search This Blog

Wednesday, 4 May 2011

WTH-Kapal Paling Besar


Salam semua.. Kapal yang diberi nama 'Freedom Ship' merupakan sebuah kapal persiaran yang bakal menjadi kapal terbesar di dunia.. Belum ada lagi ni.. Baru dalam perancangan. Mempunyai panjang 1400 meter (4500 kaki), lebar 230 meter (750 kaki) dan tinggi 110 meter (350 kaki), Freedom Ship empat kali panjang dari kapal pesiar terbesar di dunia saat ini Oasis of the Seas.

 Ianya dikatakan mempunyai ketinggian yang sama dengan bangunan 25 tingkat.. Dan juga diberikan gelaran sebgai kota terapung. Mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pub disko, taman, lapangan terbang, pusat sukan dan seumpanya lagi..


Freedom Ship ini juga bakal menempatkan landasan pesawat yang panjangnya sehingga 300 meter..


Bila ditengok.. Macam Tongkang pun ada.. hihi.. Bukan saja boleh digunakan sebagai kapal persiaran, tapi boleh dibuat tempat tinggal terus.. 

Kapal ini adalah idea dari Norman Nixon dari Freedom Ship International. Anggaran untuk membuat kapal mega ini dalam enam milion dollar Amerika (6 milion  US$) dan telah  menjadi sebelas milion dollar Amerika (11 milion US$) pada tahun 2002.

No comments:

Post a Comment