Gambar yang tiada didalam buku teks biologi sekolah
Dalam artikel sebelum ini aku ada menulis tentang Reaksi Pavlov. Bagi yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi di sekolah dulu, reaksi Pavlov atau nama lainnya reaksi bersebab (conditional reaction) ialah reaksi sesebuah organisma kepada stimuli yang diberikan. Sebagai contoh anda seorang peminum kopi tegar. Setiap pagi bila minum kopi anda rasa segar bugar dan bertenaga. Setelah sekian lama bau kopi sahaja sudah cukup untuk memberikan anda perasaan segar dan bertenaga WALAUPUN TANPA anda meminum setitik kopi!
Dalam kes Ivan Pavlov, beliau akan membunyikan loceng sebelum memberi beberapa ekor anjing makmal makanan harian mereka. Beliau mendapati anjing-anjing ini akan terliur bila mendengar bunyi loceng dan makanan diberikan. Setelah beberapa lama beliau mendapati anjing-anjing masih terliur walaupun hanya mendengar bunyi loceng tanpa makanan diberikan. Loceng ialah stimuli luaran yang mendatangkan reaksi Pavlov.
Masa di sekolah dulu aku belajar benda ini. I never actually wondered how Pavlov knew the dogs were salivating. Puas aku mikir. Hari ini baru aku tahu bagaimana air liur dikutip. Lihat gambar dibawah. Ianya salah seekor anjing asal eksperimen Pavlov yang sudah diawet. Kini ianya boleh dilihat di Muzium Ivan Pavlov di Ryazan Russia .Ye pembaca sekalian, alat mengutip air liurDIJAHIT TERUS ke mulut anjing-anjing yang digunakan.
Laporan asal Wikipedia

No comments:
Post a Comment