Dibawah ialah keratan akhbar milk Yahudi Hassidik bernama Der Tzitung. Akhbar ini memadam gambar Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton dan Pengarah Anti Keganasan Audrey Thomason dari gambar asal kerana dikatakan terlalu seksi. Yahudi Hassidik ini mempunyai pendapat yang sama tentang wanita macam sebilangan kecil penganut Islam like the Wahhabis. Bagi mereka wanita kena tutup aurat. Wanita Yahudi Hassidic memakai jubah dan menutup sebahagian kepala mereka. Tudung mereka dipanggil "tichel". Ianya kelihatan seperti bandana dan ya tudung yang dipakai Siti Nurhaliza itu boleh dikelaskan sebagai Tichel jika dipandang dari mata seorang Yahudi Hassidic. Wanita Yahudi yang beriman diwajibkan memakai tichel selepas bernikah kerana mengikut Torah rambut wanita itu hanya untuk suaminya selepas berkahwin. NOW U KNOW.
Contoh Tichel
Lelaki Yahudi Hassidic yang beriman dilarang melihat "aurat" wanita dan bercakap dengan bukan muhrim juga berdosa. Tapi this photoshopping out pictures of women from a historical photograph is so stupid. Sangatlah bodoh hingga seorang Rabbi di New York berkata
"Apa yang dilakukan akhar Der Tzitung ini salah. Ia boleh dianggap seperti merubah sejarah sebenar dan jatuh hukum g'neivat da'at (menipu) "
Laporan asal Personal Shoplifter
No comments:
Post a Comment