Berkhatan itu sudah kebiasaan bagi orang Islam dan Yahudi serata didunia. Disamping mengelakkan jangkitan pada salur kencing (urinary tract infection), ia juga mampu mengurangkan kebarangkalian kenser prostat dan jangkitan HIV. Secara logiknya perbuatan berkhatan ialah sesuatu yang bagus untuk kesihatan masa depan seorang lelaki.
Tetapi si Florida, Amerika Syarikat seorang ibu ingin menyaman sebuah hospital sebanyak USD 1 juta kerana mengkhatankan anak beliau tanpa kebenaran. Vera Delgado menyaman Hospital South Miami kerana mengkhatankan anak beliau Mario Viera ketika Mario berada di wad rawatan rapi neonatal hospital berkenaan. Menurut Vera, beliau pulang kerumah untuk mandi setelah menemankan anaknya di wad berkeanaan selama 8 hari. Apabila beliau kembali ke hospital, beliau mendapati kemaluan anaknya sudah dikhatankan!
Vera dan teman lelakinya berbangsa Latin dan amalan berkhatan adalah amat jarang sekali dilakukan oleh lelaki Latino. Beliau merasakan prosedur mengkhatankan ini "mencacatkan" Mario seumur hidup. Di Amerika, amalam berkhatan semakin berkurangan sejak kebelakangan ini. Pada tahun 2006 peratusan bayi lelaki yang dikhatankan ialah 56%. Tahun lalu ianya menyusut kepada33%. Ini adalah kerana bagi kebayakkan ibu bapa amalam berkhatan tidak membawa apa-apa kebaikkan. Malahan ada aktivis dari Stop the Infant Circumcision Society yang menyamakan amalan mengkhatan bagi bayi lelaki sama teruknya dengan Female Genital Mutilation yang wujud di negara Afrika dan Timur Tengah.
Itulah Amerika pembaca sekalian. Semua benda boleh saman.
Laporan asal ABC news
No comments:
Post a Comment