Search This Blog

Wednesday, 4 May 2011

Apa beza komodo dan kodomo!!!!!


Komodo mempunyai pancaindera yang kuat dan dianggap sebagai reptilia yang paling maju kecergasannya. Ia mempunyai ekor yang sepanjang badannya, serta 52 batang gigi yang hampir inci panjang.
Biawak komodo adalah karnivor dan memburu mangsanya dengan mengendap secara senyap-senyap sebelum menyergah dengan cepat, ia mampu berlari dengan kepantasan sehingga 20 km/jam. Biawak komodo juga mempunyai gigitan yang kuat, dan air liurnya mengandungi sekitar 50 jenis bakteria menjadikan gigitan mereka mampu membawa maut kerena jangkitan bakterianya. Pada kebiasaannya selepas mengigit biawak komodo akan membiarkan mangsanya lemah dan mati dahulu sebelum memakannya. Ia dapat mencari bangkai tersebut menggunakan deria baunya. Komodo juga kadang kadang berkelahi berebut hasil buruannya. Namun tidak seperti haiwan lain, mereka tahan kepada jangkitan bakteria dari gigitan mereka sendiri. Oleh itu terdapat kajian yang dilakukan bagi mengkaji ketahanan antibodi biawak komodo bagi menghasilkan ketahanan yang sama pada manusia.
Biawak komodo memakan hampir semua haiwan yang dapat mereka tangkap, seperti babi hutankambingrusakerbau, bahkan sampai (kadang-kadang) manusia. Dalam seabad terakhir sudah lebih dari sedozen orang yang mati akibat gigitan komodo.

Varanus komodoensis1.jpg

No comments:

Post a Comment