Search This Blog

Monday, 9 May 2011

WTH-Gambar Aron Ralston Sebelum Memotong Tangan

Kisah Benar

Tak lama lagi filem terbaru arahan Danny Boyle bertajuk 127 Hours bakal ditayangkan di pawagan. Aku tak pasti samada filem ni akan muncul di negara kita atau tidak. Sebabnya ialah kerana kisah Aron Ralston ini memang sangat SERIUS SHIT! Ketika ditayangkan di festival filem, ada penonton yang muntah dan pengsan setelah melihat adegan Aron memotong tangannya.

Kenapa Aron memotong tangan beliau sendiri? Ha inilah ceritanya.

By the way, filem terbaru dari pengarah Slumdog Millionaire, Trainspotting dan 28 Days Laterini mendapat pujian yang tinggi. Ada yang kata filem ini bakal memenangi Oscar . Anyhow back to the story


Aron Ralston ialah seorang penggemar sukan mendaki. Pada tahun 2003 ketika mendaki di Utah, tangan beliau tersepit dibawah bongkah batu. Selama 127 jam beliau cuba melepaskan diri beliau cubaannya gagal. Selama 5 hari Aron mengambil gambar serta video dirinya tersepit. Menurut Aron;

"Saya rasakan saya pasti akan mati. Gambar dan video ini saya rakam untuk menyampaikan wasiat terakhir untuk ahli keluarga"

Untuk hidup beliau beliau minum air kencing sendiri. Akhirnya beliau mengambil tindakan nekad memotong sahaja tangan yang tersepit itu. Malangnya pisau yang digunakan tumpul akibat sudah digunakan untuk mengikis batu. Maka perlahan-lahan dan dengan penuh kesakitan beliau meneruskan usaha pemotongan
. Untuk memudahkan proses pemotongan, Aron mematahkan dahulu tulang tangan beliau. Setelah mencuba sebanyak 2 kali, kedua-dua tulang yang bersambung kepada bahagian yang terhimpit berjaya dipatahkan. Selepas itu Aron memotong daging yang masih melekat pada tangan yang SUDAH MEREPUT dengan hanya menggunakan multipurpose knifeyang dibawanya. Pisau kecik yang lipat-lipat macam McGyver aje bro! Bahagian rawan yang kental pula dipotong dengan menggunakan playar. FFFUUUUUUUUUU!! 


Setelah bebas beliau sempat ABSEIL turun dari ketinggian 65 kaki tanpa bantuan sebelum terserempak dengan sepasang campers dari Belanda yang membantu memberikan pertolongan kecemasan. Crazy!


Aku tak sabar nak tengok filem ni. Hopefully LFP tak ban atau potong. Bagi aku scene potong tangan tu bukan GRATUITOUS VIOLENCE tetapi realiti apa yang perlu dilakukan untuk hidup.

I salute you Aron Ralston! You are the most bad ass one handed guy ever.






Laporan asal Daily Mail

No comments:

Post a Comment