Search This Blog

Thursday, 14 April 2011

Bapa kepada projek Buran

Buran ialah space shuttle yang direka bagi menyaingi Space Shuttle buatan NASA. Tapi sebelum Buran direka, pihak angkasalepas Russia membina prototype yang dinamakan MIG 105 Lapot (Tapak Kasut). Tujuan pembinaan Lapot ialah sebagai proof of concept yang pesawat berbentuk kapal terbang konvensional boleh digunakan untuk membawa angkasawan pergi dan balik dari angkasalepas. Ianya mula dibina pada tahun 1965, dihentikan pada tahun 1969 sebelum dimulakan sekali lagi pada tahun 1971. Namun setelah melakukan beberapa penerbangan percubaan projek Lapot dimatikan sekali lagi pada tahun 1978 untuk memberi ruang kepada projek Buran. Pada wakti projek dihentikan pihak angkasalepas Russia menyedari pembinaan Lapot sudah tidak lagi memenuhi kehendak mereka iaitu menyaingi projek Space Shuttle NASA yang boleh membawa angkasawan dan kargo.


Projek Buran yang mengambil alih projek Lapot juga akhirnya dihentikan kerana keruntuhanKesatuan Negara Sosialis Soviet. It is actually quite sad that Buran was cancelled kerana ianya jauh lebih baik dari Shuttle. Tahun ini ialah tahun terakhir Space Shuttle akan digunakan untuk membawa kargo ke Internationl Space Station (ISS). Sudah ada ura-ura pihak angkasalepas Russia bakal menghidupkan semula projek buran yang sudah dihentikan hampir 3 dekad. 
So why is Buran better? Pasal ia boleh membawa lebih banyak bebanan ke angkasa dan booster roket ENERGIA yang digunakan sebenarnya sudah direka untuk mampu menolak sebuah kapal angkasa all the way to Mars. Yep the Russian are crazy motherfuckers. They lost the moon race and they pre-planned way back in the 80's to win the race to Mars!



No comments:

Post a Comment